} h3.post-title { text-align: center; } .post-title {text-align:center;} -->

Hukum Menyakiti Pasangan, Anak Atau Pelajar Untuk Tujuan Mendidik

KEPUTUSAN MESYUARAT 

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018

6 JANUARI 2018 / 18 RABIUL AKHIR 1439H

BIL. 2/34 TAHUN 2018  

HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK


1. Menyakiti fizikal atau psikologi pasangan, anak mahupun pelajar dalam apa-apa bentuk secara zalim sekalipun untuk tujuan mendidik adalah diharamkan. 

2. Keizinan memukul untuk tujuan mendidik hanya boleh dilakukan dengan syarat tidak memberikan mudharat pada fizikal dan psikologi pihak yang dididik. Sabda Nabi SAW :

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ،

وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Fatwa Tentang E-Cigarette Dan Vape

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 58 / 2022

29-30 JULAI 2022 / 29 ZULHIJJAH 1443 - 1 MUHARRAM 1444H

Bil. 1/58 TAHUN 2022

FATWA TENTANG E-CIGARETTE DAN VAPE

Islam melarang muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak. Amalan pengambilan e-cigarette dan vape disimpulkan oleh pakar kesihatan memberi kesan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Berasaskan kesimpulan ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan bahawa amalan pengambilan bahan tersebut adalah haram.

Mengenal Al Imam Ahmad Bin Hambal Dan Pandangan Fiqhnya

MENGENAL AL IMAM AHMAD BIN HAMBAL DAN PANDANGAN FIQHNYA

Oleh : Dr. Rozaimi Ramle
 AJK Fatwa Kerajaan Negeri Perlis

  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

TRENDING