} h3.post-title { text-align: center; } .post-title {text-align:center;} -->

PEDOMAN DAN HUKUM PENGELOLAAN PENGUMPULAN DANA SUMBANGAN MASYARAKAT

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-66/2023 28-29 NOVEMBER 2023 / 14-15 JAMADIL AWAL 1445, Bil. 3/66  TAHUN 2023       

Pedoman dan Hukum Pengelolaan Pengumpulan Dana Sumbangan Masyarakat

  1. Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) atau institusi lain yang bertindak sebagai wakil pihak lain, misalnya pengumpulan dana untuk Palestina dan sejenisnya, terikat pada akad wakalah. Wakalah mengharuskan pihak yang bertindak sebagai wakil untuk memenuhi tujuan amal yang diamanahkan sesuai kesepakatan.

  2. Pengumpulan dana sumbangan masyarakat oleh LSM atau institusi untuk kepentingan sendiri, dana tersebut dapat digunakan sesuai dengan yang telah diinformasikan kepada penyumbang.

  3. Jika LSM atau institusi bertindak sebagai wakil pihak lain dengan imbalan (Wakalah bil Ujrah), pengelolaan pengumpulan dana harus sesuai dengan yang dijanjikan dan tidak dapat dibatalkan tanpa izin dari penyumbang.

  4. LSM atau institusi yang mengumpulkan dana sumbangan masyarakat dapat mengambil biaya operasional atau lainnya, dengan syarat besaran biaya tersebut diinformasikan secara jelas kepada penyumbang sebelum mereka setuju untuk berdonasi.

  5. Apabila tujuan amal tercapai sebelum dana tersebut diserahkan kepada pihak terkait, maka dana tersebut harus: 

    -  Dikembalikan kepada penyumbang, atau;
    -  Dialihkan ke tujuan lain dengan persetujuan dari penyumbang, atau;
    -  Jika setelah berupaya untuk mendapatkan persetujuan namun gagal dan tidak ada penolakan dari penyumbang, maka dana tersebut dapat disalurkan ke pihak lain yang memiliki tujuan yang setara atau lebih baik.

  6. Dilarang keras bagi pihak mana pun untuk mengumpulkan dana pihak lain tanpa memenuhi amanah sebagaimana yang dimaksudkan oleh penyumbang atau menyesatkan pihak penyumbang sehingga mereka salah paham terhadap penggunaan dana yang diberikan. Jika hal tersebut terjadi, maka wajib untuk mengembalikan dana kepada pihak yang berdonasi atau meminta halal dari mereka.

Pemerintah disarankan untuk membuat peraturan perundang-undangan guna mencegah pengumpulan dana yang tidak jelas akadnya, seperti tidak menampilkan besaran biaya operasional atau lainnya yang diambil dari penyumbang, tidak memiliki audit yang jelas, dan sejenisnya.


------------------------- FATWA ASLI DI BAWAH INI:


KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-66/2023

28-29 NOVEMBER 2023 / 14-15 JAMADIL AWAL 1445

Bil. 3/66  TAHUN 2023 

GARIS PANDUAN DAN HUKUM PENGURUSAN KUTIPAN DERMA AWAM

 

  1. Kutipan derma oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang menjadi wakil untuk pihak lain, seperti kutipan untuk Palestin dan seumpamanya adalah di bawah akad wakalah yang mana pihak yang menjadi wakil wajib menunaikan tujuan derma yang diamanahkan seperti yang telah dipersetujui.  
  2. Kutipan derma oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi untuk dirinya sendiri, maka wang kutipan boleh digunakan menurut apa yang telah dimaklumkan kepada penderma.
  3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang menjadi wakil bagi pihak lain dengan upah (Wakalah bi al-Ujrah) hendaklah menguruskan kutipan seperti yang dijanjikan dan tidak boleh membatalkan urusan tersebut tanpa mendapat keizinan dari penderma.
  4. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang mengutip derma boleh mengambil kos pengurusan atau selainnya dengan syarat dimaklumkan dengan jelas kepada penderma kadarnya sebelum penderma bersetuju untuk menderma.
  5. Jika tujuan derma itu telah tercapai sebelum wang berkenaan disampaikan kepada pihak terbabit, maka wang itu hendaklah:
    • Dikembalikan kepada penderma, atau;
    • Disalurkan kepada tujuan lain dengan mendapat keizinan penderma, atau;
    • Jika gagal untuk mengetahui keizinan penderma setelah berusaha tetapi tidak mendapat bantahan daripada penderma, maka wang itu hendaklah disalurkan ke tempat lain yang mempunyai tujuan yang setara atau lebih baik.
  1. Adalah haram bagi mana-mana pihak mengutip wang pihak lain tanpa menunaikan amanah seperti yang dimaksudkan oleh penyumbang atau mengaburi pihak penderma sehingga mereka tersalah sangka terhadap wang yang diberikan. Jika hal itu berlaku, wajib wang dikembalikan kepada pihak yang menderma atau meminta halal dari mereka.

Pihak berkuasa disarankan menggubal undang-undang untuk menghalang kutipan yang tidak jelas akad yang dinyatakan seperti tidak memaparkan kadar kos pengurusan atau selainnya yang diambil dari penderma, tidak mempunyai audit yang jelas dan seumpamanya.

- TAMAT –

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Dr Kamilin bin Jamilin
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023

https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/852-garis-panduan-dan-hukum-pengurusan-kutipan-derma-awam


  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

TRENDING