} h3.post-title { text-align: center; } .post-title {text-align:center;} -->

Hukum Larva Serangga dan Penggunaannya dalam Makanan Ternakan

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 64 / 2023
28-29 OGOS 2023 / 11-12 SAFAR 1445, Bil.2/64 Tahun 2023               

HUKUM LARVA SERANGGA DAN PENGGUNAANNYA DALAM MAKANAN TERNAKAN

Larva serangga ialah ulat yang hidup selepas induknya bertelur. Hidup selama beberapa hari sebelum bertukar menjadi pupa dan akhirnya keluar sebagai serangga dewasa. Ulama berbeza pandangan tentang hukum ulat, namun berdasarkan hujah yang kuat dan jelas menunjukkan bahawa ulat itu sendiri jika tanpa pencemaran najis adalah benda hidup yang tidak najis sama ada ketika hidup mahupun mati, berada dalam makanan mahupun bersendirian.

Namun begitu, ulat adalah termasuk di dalam kelompok benda hidup yang secara habitatnya berada di tempat yang kotor dan najis serta berbau busuk yang kebiasaannya membawa maksud jijik, begitu juga mendatangkan mudarat kepada manusia sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti mempunyai kuman bakteria berbahaya.

Justeru ulat atau larva yang hidup dan makan dalam persekitaran bersih, maka ia tidak dihukum sebagai najis. Maka produk yang berasal daripada larva yang bersih ini boleh dijadikan makanan untuk haiwan ternakan yang dimakan dagingnya seperti ayam, ikan dan selainnya.

Menjual produk makanan haiwan dari jenis ini adalah dibolehkan di sisi syarak.


- Tamat -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis

Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis

Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat

Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle

Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman

Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor

Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan

Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah

Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin

Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin

Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2023 pada 2 Oktober 2023.


  رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَـٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌ

Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

TRENDING